Sunday, 24 July 2011
Kaedah Mengahwinkan Arnab
Masukkan arnab betina di dalam sangkar arnab jantan. JANGAN lakukan sebaliknya kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan mungkin akan menyerang arnab jantan tersebut. Biarkan pasangan arnab tersebut mengawan antara 5-10 minit, kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan ke dalam sangkarnya. Lakukan waktu proses mengawan arnab pada waktu pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan pada waktu tengahari kerana suhu yang tinggi / panas akan mengurangkan kadar kesuburan. Lakukan proses pertama mengawan arnab pada jam 8-10 pagi dan proses kedua selepas 5-6 jam proses pertama. Arnab jantan induk hanya boleh digunakan untuk proses mengawan 1 KALI 3 HARI / 3 KALI 1 MINGGU / 2 KALI 1 HARI dan kemudian DIREHATKAN selama 3 HARI. Ini kerana penggunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kesuburan. Arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas melahirkan anak. Tetapi di dalam penternakan komersial, tempoh masa 3-4 minggu / dalam masa proses cerai susu adalah disyorkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment