PEMBIAKAN
Masuk arnab betina dalam sangkar arnab jantan . Tetapi jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan akan menyerang serta mungkin membunuh arnab jantan tersebut.Masa mengawan antara 1 – 5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tersebut.Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang, elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.
KEKERAPAN MENGAWAN
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara perlahan kepada sekali sehari.Penggunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab pejantan tersebut.Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.Dalam penternakan arnab komersial, arnab betina akan dihakwinkan semula dalam tempoh antara 3 – 4 minggu selepas tempoh beranak. Atau dalam masa proses cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.
MENINGGIKAN KEBERNASAN
Untuk memastikan arnab tersebut telah mengawan ialah apabila arnab janatan memanjat arnab betina auntuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8.00 pagi – 10.00 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5 – 6 jam selepas proses mengawan yang pertama. Iaitu pada waktu petang.
TEMPOH BUNTING
Tempoh bunting arnab betina antara 29 hingga 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu keempat. Pada peringkat ini kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.Tanda-tanda arnab telah hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27 – 29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Elok sekiranya pembela membubuhkan cebisan kertas surat khabar yang telah di potong-potong bagi membantu pembentukan sarang.Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
No comments:
Post a Comment